Semua paluan utama terletak padanya dan disinilah pentingnya memiliki sebuah snare drum yang baik.
Setiap snare drum mempunyai snare dibahagian bawah dan boleh diset sebagai On atau Off.
Sila Klik untuk maklumat lanjut
..
Beberapa faktor menentukan karektor sesebuah snare drum:
Badan: Diperbuat samada daripada kayu , resin, tin , loyang atau stainless steel. Dalam menentukan snare mana yang paling sesuai kita perlu memastikan apakah genre muzik yang akan dimainkan kerana terdapat pelbagai jenis snare yang mana setiap satunya menghasilkan impak dan ton yang sama sekali berbeza . Pemilihan snare yag betul bergantung kepada citarasa drummer berkenaan
Jazz snare drum
Jazz snare drum diperbuat daripada kayu dan selalunya dimainkan dengan wire brush dan bukan dengan kayu. Memiliki tekstur drum head yang sederhana yang mengurangkan kedapan bunyi . Berukuran enam inci tinggi dan 14 inci lebar
Rock snare drum
Rock snare drum dibuat daripada stainless steel untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat untuk mengatasi bunyi gitar elektrik. Berukuran 14 inci lebar dan ketinggian di antara 5.5 inci sehingga 8 inci tinggi. Drumheadnya pula "heavy coated" supaya kesan "muffling" kurang dan bunyi lebih jelas.
Metal snare drum
Metal snare drum biasanya dibuat daripada brass, bronze, aluminum, bahan sintetik seperti karbon fibre dan acrylic. Ianya menghasilkan volume yang lebih tinggi dan timbre yang lebih jelas daripada snare drum yang lain.Berukuran 13 hingga 15 inches lebar dan tingginya lapan inci. Versi yang lebih kecil juga boleh didapati dan kebiasaannya dipanggil sebagai power piccolo snare.
Punk snare drum
Bunyi Punk snare drum adalah sekuat cymbal hi hat. Boleh didapati dalam pelbagai jenis tiunan dan drumhead. Berukuran 15 inci lebar dan 5.5 inci dalam.
Funk snare drums
Funk snare drums mempunyai bunyi yang sangat "accent"(kuat). Ia ditala dengan ketat untuk menghasilkan bunyi"crack" yang tinggi disamping mengekalkan bunyi badan drum itu. Funk snare drums berukuran 13 hingga 14 inci lebar dan dalam banyak saiz ketinggian.
Klik untuk lihat dan dengar bunyi drum apabila snare drum di OFF kan.
0 comments:
Post a Comment