Thursday, October 22, 2009

0 comments 1:46 AM

DRUMMER-DRUMMER LAGENDA TEMPATAN

Posted by SUHAIMEEAHMAD - Filed under
Siapakah drummer tempatan pilihan anda ?
Senarai drummer-drummer dalam muzik "mainstream " di Malaysia.
1. LEWIS PRAGASAM
Saya membesar dengan mengenali nama ini dan beliau dikategorikan sebagai antara drummer terhebat Asia . Beliau menubuhkan kumpulan ASIA BEAT yang terkenal dengan muzik Jazznya yang unik dan gemar menggabungkan elemen muzik tradisional kaum-kaum di Malaysia iaitu alat-alat perkusi Melayu, India , Cina dan etnik-etnik lain di Malaysia di dalam persembahannya .
Kebolehannya berinteraksi diantara drumset yang dimainkan dengan alat-alat perkusi etnik ini meletakkan beliau dikelasnya yang tersendiri.

Klik di bawah untuk saksikan kehebatan Lewis Pragasam




2. GARY GIDEON
Beliau memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi kanak-kanak. Gary muncul dengan EP terbitan Ahmad Nawab keluaran EMI (1975). Lagu-lagunya yang popular seperti "harapan Berbakti", "Di mana Ibu", "Potret Monalisa" dan banyak lagi. Gary Gideon pernah berlakon dalam filem berwarna "Rahsia Hatiku" terbitan Studio Merdeka arahan Naz Achaz (1975) memegang watak Omar cucu kepada Tuan Haji lakonan Ali Rahman. Dalam filem tersebut, Gary turut menyanyikan sebuah lagu Hari Raya dan lagu "Di mana Ibu".




Dari seorang penyanyi beliau kini merupakan antara drummer dan "sessionist" yang hangat dan seringkali dipilih untuk menjayakan konsert-konsert mega oleh ramai Komposer dan Pengarah Muzik Tempatan. Kelibatnya selalu dapat kita saksikan di dalam kaca TV mengiringi penyanyi-penyanyi terkenal tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza, M. Nasir , Mawi dan banyak lagi. Ramai dikalangan pemuzik-pemuzik dan peminat-peminatnya menganggap Gary Gideon sebagai Top Drummer di Malaysia kerana beliau mempunyai "groove" diantara yang terbaik di Malaysia,

Klik di bawah untuk saksi sesi rakaman lagu oleh Gary Gideon




3. ZAHID AHMAD








sila klik

















Fikirkan Dulu - Sheila Majid


Lagu ini dimainkan oleh Zahid Ahmad

Seorang sessionist drummer yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1966 dan mula menjinakkan diri dengan drum dan perkusi sejak berusia 10 tahun.Pada lewat tahun 70-an beliau menyertai kumpulan "Split Times" dan menghasilkan beberapa album.

Beliau telah menyertai RAP (Roslan Aziz Production) dan telah menjadi residen drummer untuk RAP dan disifatkan diantara drummer hebat. Sebagai seorang drummer saya kagum dengan gaya permainan Zahid dan sentuhannya sememangnya istimewa. Saya juga suka dengan gaya "set-up" drumnya yang
lain daripada yang lain di Malaysia pada ketika itu . Beliau dipilh untuk mengiringi Diva Jazz Malaysia Sheila Majid samada semasa rakaman dan juga konsert . Melalui konsert jelajah tempatan dan antarabangsa Zahid telah dapat menunjukkan bakatnya di negara-negara seperti Jepun , Indonesia dan Singapura.Pada tahun 90an dia mendapat tempat sebagai Pengarah Muzikal, Penerbit dan Pensyarah jawatan yang disandangnya di Universiti Teknologi Mara. Beliau mengajar perkusi dan drumming.Seterusnya , Zahid bertugas sebagai pensyarah topik perkusi di Akademi Seni Kebangsaan sehingga tahun 2006
sila klik untuk maklumat tambahan.

4. YAZID AHMAD (SEARCH)

Yazid merupakan drummer Genre Rock . Beliau merupakan drummer untuk Kumpulan Rock No 1 Negara iaitu Search . Beliau merupakan abang kepada Zahid Ahmad yang kita sebut sebelum ini. Oleh kerana genre muzik yang dimainkannya ialah rock maka gaya permainannya jelas berbeza daripada adiknya . Stroke beliau lebih keras , padu dan mantap. Banyak lagu-lagu Search yang menuntut drummernya mengekalkan kelajuan dalam permainan dan permainan bass drum double paddlenya memang diakui hebat sekali.

Sila klik di bawah




5. Amy (Jeep Jazz Trio)

Beliau adalah anggota kumpulan Jeep Jazz Trio dari Utara Tanahair. Genre muziknya ialah Jazz . Kini Beliau menjadi tenaga pengajar drum di Hitz Studio Penang. Beliau banyak menyertai festival-festival Jazz di dalam dan di luar negara. Gaya permainannya menarik dan relax," smooth wristwork" dan juga ada groove tersendiri. Saya berpeluang bermain dengannya pada tahun 2004 cuma sebagai percussionist undangan untuk Jeep Latino Jazz Band dalam satu Dinner Show di Hotel Rasa Sayang. Pulau Pinang. Itupun dah kira antara my best experience la bagi saya.






6. SUHAIMEEAHMAD

Mula bermain drum pada usia 13 tahun . Bapanya Ahmad Hassan juga merupakan seorang drummer hebat pada era 70an dan 80an. Kini berkhidmat sebagai seorang guru muzik di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Bukit Mertajam Pulau Pinang. Melanjutkan pelajaran Masters Music Education di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim Perak.





7. Arthur Kam
Berumur 17 tahun beliau adalah genius drum tempatan. Beliau telah memenangi pertandingan pencarian drummer oleh Modern Drummer Magazine's worldwide . Sila tonton temuramah dan kehebatan beliau di dalam klip video dibawah.






7. John Thomas
Seorang Drummer Jazz yang sedang mengukir nama sebagai salah seorang drummer hebat generasi baru. Telah menjelajah dunia mengiringi Pop Star Taiwan A-Mei . Membesar di dalam keluarga muzik dimana bapa beliau adalah Jose Thomas seorang gitarist yang terkenal di negara kita.













0 comments:

Post a Comment