Tuesday, October 20, 2009

0 comments 4:15 AM

PENDAHULUAN

Posted by SUHAIMEEAHMAD - Filed under









Siapa yang tidak suka mengetuk, bergendang kesana kemari baik di dinding , di atas meja mahupun di pintu ?. Bergendang dalam bahasa mudahnya sebenarnya telah dipelopori oleh nenek moyang kita sejak dari zaman pra sejarah lagi.
Alat-alat bunyian yang melibatkan ketukan adalah dalam keluarga perkusi.






Kita tidak boleh menyangkal bahawa alat perkusi merupakan kumpulan alat muzik tertua di dalam sejarah ketamadunan manusia.Menghasilkan bunyi melalui ketukan merupakan satu cara mereka menyampaikan mesej ,baik untuk menghiburkan hati mahupun sebagai satu cara komunikasi diantara satu sama lain. Ianya lebih kepada perbuatan mengetuk yang bermula dengan mengetuk batang-batang kayu , tulang-tulang sehinggalah tubuh badan mereka sendiri .




Alat perkusi yang paling popular pada abad ke -20 ini ialah drum set. Ianya adalah satu alat wajib dalam muzik masakini dan dimainkan di seluruh dunia tak kira bangsa mahupun keturunan dengan membawa genre muzik mengikut masyarakat setempat.




Tukarkan tabiat suka mengetuk di sana-sini dengan mempelajari permainan drum set dan anda pasti terkejut dengan apa yang anda akan capai selepas itu. Ianya tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Perkara paling penting ialah kesungguhan . Bolehkah anda mengira 1 hingga 4. Jika boleh, anda juga mungkin mampu bermain drums?




Siapa yang tidak suka mengetuk, bergendang kesana kemari baik di dinding kayu, di atas meja mahupun di pintu ? Cara orang mengetuk pintu rumahpun ada caranya dan ketukan itu mampu menggambarkan pengunjung yang datang ke rumah kita. Bergendang dalam bahasa mudahnya sebenarnya telah dipelopori oleh nenek moyang kita sejak dari zaman pra sejarah lagi. Alat-alat bunyian yang melibatkan ketukan adalah dalam keluarga perkusi.






Kita tidak boleh menyangkal bahawa alat perkusi merupakan kumpulan alat muzik tertua di dalam sejarah ketamadunan manusia.Menghasilkan bunyi melalui ketukan merupakan satu cara mereka menyampaikan mesej ,baik untuk menghiburkan hati mahupun sebagai satu cara komunikasi diantara satu sama lain. Ianya lebih kepada perbuatan mengetuk yang bermula dengan mengetuk batang-batang kayu , tulang-tulang sehinggalah tubuh badan mereka sendiri .




Alat perkusi yang paling popular pada abad ke -20 ini ialah drum set. Ianya adalah satu alat wajib dalam muzik masakini dan dimainkan di seluruh dunia tak kira bangsa mahupun keturunan dengan membawa genre muzik mengikut masyarakat setempat.




Tukarkan tabiat suka mengetuk di sana-sini dengan mempelajari permainan drum set dan anda pasti terkejut dengan apa yang anda akan capai selepas itu. Ianya tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Perkara paling penting ialah kesungguhan . Bolehkah anda mengira 1 hingga 4. Jika boleh, anda juga mungkin mampu bermain drums?

























0 comments:

Post a Comment