KANDUNGAN BLOG INI ADALAH SEBAGAI MEDAN RUJUKAN DAN PANDUAN KHUSUS UNTUK PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENUNTUT IPT YANG MENGIKUTI KELAS TEKNIK PERKUSI DAN ENSEMBLE INSTRUMENTAL DRUMMER YANG BARU DAN LAMA DAN MEREKA YANG BERHASRAT UNTUK MEMPELAJARI DRUMSET
DI SINI ANDA BOLEH MENDAPATKAN:
INFO DAN TIP-TIP DRUMMING SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU TENTANG DRUM BOLEH BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT DAN IDEA MENGENAL LAGENDA DRUMMING TEMPATAN PENGENALAN ASAS RENTAK MELAYU TRADISIONAL
Pada asasnya terdapat lima jenis drum stroke iaitu stroke asas, rim shot, rim tap , dead sticking dan flam. Kelima-lima stroke ini berkaitan dengan cara pukulan kayu pada snare drum. Berikut ialah penjelasan yang lebih terperinci tentang stroke-stroke berkenaan .
Siapakah drummer tempatan pilihan anda ? Senarai drummer-drummer dalam muzik "mainstream " di Malaysia. 1. LEWIS PRAGASAM Saya membesar dengan mengenali nama ini dan beliau dikategorikan sebagai antara drummer terhebat Asia . Beliau menubuhkan kumpulan ASIA BEAT yang terkenal dengan muzik Jazznya yang unik dan gemar menggabungkan elemen muzik tradisional kaum-kaum di Malaysia iaitu alat-alat perkusi Melayu, India , Cina dan etnik-etnik lain di Malaysia di dalam persembahannya . Kebolehannya berinteraksi diantara drumset yang dimainkan dengan alat-alat perkusi etnik ini meletakkan beliau dikelasnya yang tersendiri.
Klik di bawah untuk saksikan kehebatan Lewis Pragasam
2. GARY GIDEON Beliau memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi kanak-kanak. Gary muncul dengan EP terbitan Ahmad Nawab keluaran EMI (1975). Lagu-lagunya yang popular seperti "harapan Berbakti", "Di mana Ibu", "Potret Monalisa" dan banyak lagi. Gary Gideon pernah berlakon dalam filem berwarna "Rahsia Hatiku" terbitan Studio Merdeka arahan Naz Achaz (1975) memegang watak Omar cucu kepada Tuan Haji lakonan Ali Rahman. Dalam filem tersebut, Gary turut menyanyikan sebuah lagu Hari Raya dan lagu "Di mana Ibu".
Dari seorang penyanyi beliau kini merupakan antara drummer dan "sessionist" yang hangat dan seringkali dipilih untuk menjayakan konsert-konsert mega oleh ramai Komposer dan Pengarah Muzik Tempatan. Kelibatnya selalu dapat kita saksikan di dalam kaca TV mengiringi penyanyi-penyanyi terkenal tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza, M. Nasir , Mawi dan banyak lagi. Ramai dikalangan pemuzik-pemuzik dan peminat-peminatnya menganggap Gary Gideon sebagai Top Drummer di Malaysia kerana beliau mempunyai "groove" diantara yang terbaik di Malaysia,
Klik di bawah untuk saksi sesi rakaman lagu oleh Gary Gideon
Seorang sessionist drummer yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1966 dan mula menjinakkan diri dengan drum dan perkusi sejak berusia 10 tahun.Pada lewat tahun 70-an beliau menyertai kumpulan "Split Times" dan menghasilkan beberapa album.
Beliau telah menyertai RAP (Roslan Aziz Production) dan telah menjadi residen drummer untuk RAP dan disifatkan diantara drummer hebat. Sebagai seorang drummer saya kagum dengan gaya permainan Zahid dan sentuhannya sememangnya istimewa. Saya juga suka dengan gaya "set-up" drumnya yang lain daripada yang lain di Malaysia pada ketika itu . Beliau dipilh untuk mengiringi Diva Jazz Malaysia Sheila Majid samada semasa rakaman dan juga konsert . Melalui konsert jelajah tempatan dan antarabangsa Zahid telah dapat menunjukkan bakatnya di negara-negara seperti Jepun , Indonesia dan Singapura.Pada tahun 90an dia mendapat tempat sebagai Pengarah Muzikal, Penerbit dan Pensyarah jawatan yang disandangnya di Universiti Teknologi Mara. Beliau mengajar perkusi dan drumming.Seterusnya , Zahid bertugas sebagai pensyarah topik perkusi di Akademi Seni Kebangsaan sehingga tahun 2006 sila klik untuk maklumat tambahan.
Yazid merupakan drummer Genre Rock . Beliau merupakan drummer untuk Kumpulan Rock No 1 Negara iaitu Search . Beliau merupakan abang kepada Zahid Ahmad yang kita sebut sebelum ini. Oleh kerana genre muzik yang dimainkannya ialah rock maka gaya permainannya jelas berbeza daripada adiknya . Stroke beliau lebih keras , padu dan mantap. Banyak lagu-lagu Search yang menuntut drummernya mengekalkan kelajuan dalam permainan dan permainan bass drum double paddlenya memang diakui hebat sekali.
Sila klik di bawah
5. Amy (Jeep Jazz Trio)
Beliau adalah anggota kumpulan Jeep Jazz Trio dari Utara Tanahair. Genre muziknya ialah Jazz . Kini Beliau menjadi tenaga pengajar drum di Hitz Studio Penang. Beliau banyak menyertai festival-festival Jazz di dalam dan di luar negara. Gaya permainannya menarik dan relax," smooth wristwork" dan juga ada groove tersendiri. Saya berpeluang bermain dengannya pada tahun 2004 cuma sebagai percussionist undangan untuk Jeep Latino Jazz Band dalam satu Dinner Show di Hotel Rasa Sayang. Pulau Pinang. Itupun dah kira antara my best experience la bagi saya.
6. SUHAIMEEAHMAD
Mula bermain drum pada usia 13 tahun . Bapanya Ahmad Hassan juga merupakan seorang drummer hebat pada era 70an dan 80an. Kini berkhidmat sebagai seorang guru muzik di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Bukit Mertajam Pulau Pinang. Melanjutkan pelajaran Masters Music Education di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim Perak.
7. Arthur Kam Berumur 17 tahun beliau adalah genius drum tempatan. Beliau telah memenangi pertandingan pencarian drummer oleh Modern Drummer Magazine's worldwide . Sila tonton temuramah dan kehebatan beliau di dalam klip video dibawah.
7. John Thomas Seorang Drummer Jazz yang sedang mengukir nama sebagai salah seorang drummer hebat generasi baru. Telah menjelajah dunia mengiringi Pop Star Taiwan A-Mei . Membesar di dalam keluarga muzik dimana bapa beliau adalah Jose Thomas seorang gitarist yang terkenal di negara kita.
Dave Weckle : Drum Set dengan pelbagai jenis Cymbal .
Cymbal adalah diantara komponen penting di dalam drum. Ia memainkan peranan yang sama penting dengan komponen-komponen lain didalam sebuah set-up drumset. Apabila kita membeli drum berharga rendah anda akan diberikan sepasang Hi-hat dan sebuah cymbal . Cymbal yang diberikan itu pula selalunya berkualiti rendah sekadar untuk mencukupkan sifat sesebuah drumset.
Malaysia juga kaya dengan rentak-rentak tradisionalmya. Di antara rentak-rentak itu adalah Rentak Joget. Rentak Joget dikaitkan dengan Bangsa Portugis yang menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Lagu Joget Portugis yang terkenal ialah lagu Jingkling Nona. Kini rentak joget terkenal diseluruh Tanah Melayu sebagai suatu rentak yang bertenaga . Antara lagu-lagu Joget yang terkenal ialah Joget Malaysia,Joget Pahang(P.Ramlee), Joget Kelantan, Joget Mak Enon(Carefree) Joget Penghibur Beginilah bunyinya rentak Joget bila
BERKHIDMAT DI SM(SAINS) TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
14000 BUKIT MERTAJAM,PENANG.
Guru Muzik,drummer, Band Instructor, Konduktor, Arranger,Drummer/Percussionist. Pengalaman 1. Penang Free School: Drummer 1981-1985 2. Orkestra Gabungan Sekolah-sekolah Pulau Pinang 1984-1986 (Drummer) 3. Kombo MPIK 1987-1989 (Drummer) 4. 1999-2002 Orkestra Pop UPSI (Perkusi/Drummer) 5.Orkestra Kementerian Pelajaran Malaysia (2000-2003) 6. Jurulatih pancaragam (1995 hingga skrg) 7.JURULATIH DRUM RAKAN MUDA SENI BUDAYA
ASSALAMUALAIKUM. Blog ini dibina sebagai projek akhir kursus SPM6413 Multimedia dalam Pendidikan Muzik di bawah bimbingan Pensyarah En. Affendi b Haji Ramli. Material di dalam blog ini adalah dari kompilasi internet, bahan-bahan rujukan perpustakaan, rakaman video dan Audio yang dihasilkan sendiri dan juga yang dimuat turun dari Internet. Semoga anda semua akan mendapat manfaat daripada pengisian blog ini.