Wednesday, September 16, 2009

0 comments 2:31 PM

ASAS PERMAINAN DRUM

Posted by SUHAIMEEAHMAD - Filed under
MEMILIH KAYU DRUM
by feleceh on 26/08/2009 · 0 comments
KOLEKSI KAYU DRUMBila kita bercakap tentang bermain drumset kita mesti tidak dapat mengelakkan daripada bertanyakan tentang kayunya.Terdapat pelbagai jenis kayu drum di pasaran. Bagaimana hendak memilih kayu yang sesuai dengan kita. Kayu-kayu drum ini terdiri daripada pelbagai jenis dan jenama dan setiap satunya berbeza dari segi material, kepala (tip) ,saiz kayu, berat kayu dan fungsinya. Saiz yang agak sesuai untuk seorang yang baru mula bermain dengan drum ialah 5A atau 5B. Saiz kayu ini tidak terlalu kecil mahupun terlalu berat.Juga terdapat sejenis kayu berdawai yang dinamakan wire brush yang mana fungsinya lebih kepada jazz dan muzik ringan.Bunyi geseran yang terhasil daripada wire brush itu akan mewujudkan satu feel yang tenang dan tersendiri.
Bagi seseorang pemain drum yang tulen, pastinya telah mencuba pelbagai jenis kayu drum dan bagi saya diantara kayu drum yang menjadi pilihan saya ialah jenis “TAMA” siri 216B Japanese Oak dan siri-siri lain mengikut saiz yang sesuai untuk sesebuah lagu. Saya amat suka dengan tekstur kayu tersebut yang tidak licin seperti sesetengah kayu yang mana akan menyebabkan kayu terpelanting dari tangan akibat licin peluh. Kayu ini seolah-olah menyerap peluh dan buktinya kayu ini akan menjadi lebih gelap selepas kita menggunakannya.
Bagi ayah saya yang juga seorang bekas freelance drummer pada zamannya dia lebih meminati kayu Jenama PREMIER ‘E’ . Bagi saya kayu itu agak ringan dan mudah haus (cepat patah) untuk kegunaan lasak. Tetapi untuk drummer yang banyak memainkan tempo ‘Swing’ rasanya ia sangat baik kerana ia agak ringan .“> sila klik untuk tama drumstick“> sila klik untuk premier drumsticksila klik untuk vic firth drumstick
Continue reading...
0 comments 2:29 PM

MEMILIH DRUMSET ANDA

Posted by SUHAIMEEAHMAD - Filed under
Memilih alatan anda
by feleceh on 13/08/2009 · 0 comments
in Hardware
Sebuah drumset yang asas termasuklah sebuah snare drum, bass drum, 2 buah tom-tom, 1 floor tom, Hi hat, Crash cymbal, Ride Cymbal dan Throne(bangku)
Drumset terbahagi kepada 2 jenis1.Drumset Akustik2.Drumset ElectronicAkustik vs ElektronikBagi penggemar drum tentu sekali pilihan mereka adalah drum akustik kerana drum ini memberi kepuasan dari aspek keaslian bunyi yang terhasil dan reaksi drum itu dengan sendirinya menggambarkan pemainnya .
Drum Elektronik pula memiliki kelebihan dari aspek mampu menala pelbagai bunyi drumset mengikut citarasa pemainnya . Namun kesan bunyi yang terhasil agak sama di antara satu pemain dengan yang lain kerana kesan bunyinya telah dipreset secara digital dan ini mengurangkan bunyi asli sesebuah drumset. Namun anda pasti terasa kagum tatkala dapat bermain dengan sebuah drumset elektronik kerana anda tidak menyangka anda yang bermain drumset itu kerana bunyinya sangat sedap untuk kepuasan individu.Walaupun begitu ternyata di dalam persembahan secara profesional , orang masih terus memilih untuk menggunakan drum akustik yang di pasang microphone kerana kesan bunyi drum itu dapat di kawal oleh pemain drum itu sendiri mengikut dinamik lagu.Ternyata walau secanggih mana sesebuah drumset elektronik itu ianya belum dapat menggantikan peranan drum akustik di dalam persembahan.
Continue reading...
0 comments 2:13 PM

BIODATA

Posted by SUHAIMEEAHMAD - Filed under



NAMA: SUHAIMEE BIN AHMAD
UMUR:41 TAHUN
PEKERJAAN: GURU MUZIK Tempat Bertugas: SM (Sains) Tun Syed Sheh Shahabudin Bukit Mertajam Pulau Pinang
KELULUSAN: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MUZIK (KEPUJIAN)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
STATUS: BERKAHWIN ANAK :3 ORANG
PENGALAMAN MUZIK:
1981-1985: PENANG FREE SCHOOL BAND (drummer, D.major)
1984-1986: PENANG COMBINE SCHOOL BAND( drummer , D. Major)
1987-1989: KOMBO MPIK (drummer)
1990-1993: Menubuhkan Kumpulan Muzik SK Ladang Dublin(Juara Daerah 3 tahun berturut2) (Jurulatih)
1995-1999: Menubuhkan Pianika Marching Band SK Sri Kulim(Tempatke-3 Negeri)(Jurulatih)
2000-2002 : KOMBO UPSI/ORKESTRA POP UPSI (DRUMMER/PERCUSSIONIST)
2002-sekarang : Tun Syed Band (Jurulatih Wind Orkestra/ Marching band)
2006-sekarang:Jurulatih Pancaragam SM Datuk Haji Ahmad Said Sungai Dua
2009: Jurulatih Drum Program Rakan Muda Seni Budaya
Peringkat Kebangsaan
2000-2003: Orkestra Kementerian Pelajaran Malaysia (Drummer/Percussionist)
2006-Koir Perhimpunan Patriotik Kebangsaan: (Jurulatih /Konduktor)
2009-Konduktor Orkestra JPN Pulau Pinang
Antarabangsa
1986- Youth Music festival Adelaide Australia.(Drummer)
Salasilah Muzik KeluargaGENERASI PERTAMA: DATUK: Allahyarham Hassan B Abdullah (Pemain trumpet terkenal di Pulau Pinang tahun 50an-1982
GENERASI KE-2: BAPA : En. Ahmad B. Hassan (”"Retired Profesional freelance Drummer)
GENERASI KE-3:Suhaimee: Suhaimee B Ahmad (Guru Muzik, drummer,percussionist dan arranger)
GENERASI KE-4:ANAK : Ailis Allina Bt Suhaimee ( Pelajar, Clarinetist)
Continue reading...
0 comments 5:36 AM

PENDAHULUAN

Posted by SUHAIMEEAHMAD - Filed under


Siapa yang tidak suka mengetuk, bergendang kesana kemari baik di dinding kayu, di atas meja mahupun di pintu ? Cara orang mengetuk pintu rumahpun ada caranya dan ketukan itu mampu menggambarkan pengunjung yang datang ke rumah kita. Bergendang dalam bahasa mudahnya sebenarnya telah dipelopori oleh nenek moyang kita sejak dari zaman pra sejarah lagi. Alat-alat bunyian yang melibatkan ketukan adalah dalam keluarga perkusi.Kita tidak boleh menyangkal bahawa alat perkusi merupakan kumpulan alat muzik tertua di dalam sejarah ketamadunan manusia.Menghasilkan bunyi melalui ketukan merupakan satu cara mereka menyampaikan mesej ,baik untuk menghiburkan hati mahupun sebagai satu cara komunikasi diantara satu sama lain. Ianya lebih kepada perbuatan mengetuk yang bermula dengan mengetuk batang-batang kayu , tulang-tulang sehinggalah tubuh badan mereka sendiri .Alat perkusi yang paling popular pada abad ke -20 ini ialah drum set. Ianya adalah satu alat wajib dalam muzik masakini dan dimainkan di seluruh dunia tak kira bangsa mahupun keturunan dengan membawa genre muzik mengikut masyarakat setempat.Tukarkan tabiat suka mengetuk di sana-sini dengan mempelajari permainan drum set dan anda pasti terkejut dengan apa yang anda akan capai selepas itu. Ianya tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Perkara paling penting ialah kesungguhan . Bolehkah anda mengira 1 hingga 4. Jika boleh, anda juga mungkin mampu bermain drums?
Menurut istilah, perkusi bermaksud pukulan dua badan bersama-sama terutama sekali bila bunyi dihasilkan. , Gegaran atau kejutan terhasil daripada dua tamparan serentak itu menghasilkan bunyi yang apabila ianya dimainkan dalam satu tertib yang tetap maka terhasillah rentak atau irama yang kita dengar sehingga ke hari ini.
Continue reading...